Working capital: Panduan penting untuk start-up dan SMEs

Working capital adalah sangat penting untuk kejayaan sesuatu perniagaan. Ia merupakan satu alat pengurusan utama ataupun key management tools untuk membantu kita membuat keputusan penting dalam perniagaan kita.

Tapi apa itu working capital? Kenapa ia penting? Dan bagaimana kita menggunakan ia untuk mengembangkan perniagaan kita?

Apa itu working capital?

Secara teknikal, working capital ataupun net working capital adalah perbezaan di antara current assets dengan current liabilities yang terdapat di dalam balance sheet untuk perniagaan kita.

Erti kata lain, working capital adalah baki tunai di tangan dan di dalam bank selepas mengambil kira wang yang masuk & keluar dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Working capital berfungsi sebagai metrik untuk melihat berapa efisien kita menjalankan perniagaan dan bagaimana stabilnya kewangan dalam masa jangka pendek iaitu di dalam tempoh 12 bulan.

Net working capital = Current assets – Current liabilities

Current assets merupakan

  1. Tunai di tangan dan di dalam bank
  2. Stok
  3. Penghutang
  4. Short-term investments
  5. Prepaid expenses

Current liabilities merupakan

  1. Hutang kepada supplier
  2. Tunggakan gaji dan perbelanjaan yang lain
  3. Pinjaman dalam tempoh 12 bulan
  4. Tax

Dan untuk pengisytiharan dividen kepada pemegang saham, berdasarkan Akta Syarikat 2016, sesebuah perniagaan perlu mempunyai working capital yang menepati kehendak 'solvency test’.

Apa perbezaan antara working capital dan cash flow?

Working capital & cash flow seakan sama tetapi kedua-duanya memberikan informasi yang berbeza mengenai tahap kewangan perniagaan kita.

Cash flow statements memberikan informasi berapa jumlah wang yang dijana oleh perniagaan sama ada dari segi aktiviti operasi, pembiayaan ataupun pelaburan dalam tempoh masa tertentu.

Tetapi apa yang cash flow statements tidak memberitahu adalah bagaimana kita menguruskan aliran tunai kita dan kesan kepada kewangan perniagaan kita jika jualan berkurang ataupun supplier menaikkan harga bahan mentah dan barang.

Working capital memberikan gambaran yang lebih jelas betapa efisien kita menguruskan aliran tunai perniagaan kita. Ia mencerminkan hasil pelbagai aktiviti perniagaan, termasuk kutipan hasil jualan, pengurusan hutang, pengurusan inventori dan bayaran kepada pembekal. Ia juga boleh flag up bottlenecks cash flows, lebihan tunai dan dapat membantu kita untuk meningkatkan penggunaan keseluruhan modal perniagaan kita.

Kenapa working capital sangat penting?

Working capital penting kerana ia memberikan gambaran sama ada sesuatu perniagaan itu mempunyai aliran tunai yang baik atapun tanda-tanda perniagaan tersebut akan menghadapi masalah di masa hadapan kepada pihak pengurusan, potensi pelabur dan stakeholder yang lain.

Working capital ratio

Sejauh manakah perniagaan kita bersedia untuk menghadapi sesuatu krisis kewangan?

Di sini kita melihat kepada kecairan ataupun liquidity dan apakah kesannya terhadap kestabilan kewangan perniagaan kita.

Selain dari melihat working capital, kita juga perlu melihat kepada working capital ratio untuk melihat dengan lebih jelas. Working capital ratio di kira dengan membahagikan current assets dengan current liabilities.

Working capital ratio = current assets / current liabilities

Secara amnya, sesetengah analisis mengangap working capital ratio yang ideal adalah di antara 1.5 ke 2.0 dan ia berbeza mengikut industri.

Jika working capital ratio adalah kurang dari 1, ia menunjuk kan perniagaan kita tidak dapat membayar hutang di dalam jangka masa pendek.

Working capital management

Cash flow management merupakan salah satu cabaran yang besar kepada startup dan juga SMEs. Kita akan lihat beberapa strategi untuk working capital management yang efficient.

Positive working capital & high working capital ratio

Positive working capital bermaksud wang yang bakal masuk adalah melebihi wang yang akan keluar dalam tempoh masa 12 bulan. Di mana working capital ratio adalah melebihi dari 1. Ini menunjukan perniagaan kita dalam keadaan baik kerana perniagaan kita mampu untuk membayar hutang dengan wang yang dijanakan dan assets yang boleh ditukarkan kepada tunai dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Tetapi kita perlu berhati-hati jika working capital ratio terlalu tinggi i.e lebih dari 2. Kita perlu mengkaji dan tahu sebab kenapa kecairan assets kita melebihi 2x ganda dari liabiliti perniagaan kita.

Jika cash level kita sedikit dan working capital ratio menunjukkan lebih dari 2, ia satu petanda yang kita perlu berhati-hati.

Ia mungkin di sebabkan lambakan stok yang tinggi, kutipan hutang yang lambat ataupun kita membayar supplier kita sebelum masanya ataupun dengan cepat. Jika ini berterusan, perniagaan kita akan menghadapi masalah kekurangan wang di masa hadapan.

Tetapi jika cash level kita tinggi dan working capital ratio menunjukkan lebih dari 2, ia menunjukan kita membiarkan lebihan cash yang tidak bergerak daripada kita melabur semula ke dalam perniagaan yang dapat meningkat value perniagaan kita.

Seperti metrik yang lain, penting untuk kita membezakan dengan perniagaan lain yang berada di dalam industri yang sama untuk mendapatkan gambaran bagaimana prestasi perniagaan kita.

Negative working capital & low working capital ratio

Negative working capital bermaksud wang yang bakal keluar adalah melebihi wang yang bakal masuk. Di mana working capital ratio adalah kurang dari 1.

Jika ini berlaku, kita perlu mengkaji kenapa ini berlaku.

Adakah stok yang ada di dalam perniagaan kita di jual dengan cepat?

Adakah kita menjual produk kita di bawah harga kos dan mengakibat kita mengalami kerugian?

Adakah kita mempunyai proses yang baik untuk mengutip hutang dari pelanggan kita?

Bagaimana untuk kita meningkatkan working capital?

Antara beberapa langkah yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan working capital adalah dengan

  1. Mengetatkan stok control di dalam perniagaan kita. Mengekal stok level yang minimum setiap bulan. Tidak membeli stok secara berlebihan.
  2. Pastikan invoice di keluarkan secepat mungkin dan mengejar pelangan untuk membayar dengan cepat. Mungkin juga kita boleh mengurangkan credit term yang kita berikan kepada pelanggan.
  3. Negotiate dengan key suppliers untuk memanjangkan tempoh credit term.

Antara metrik lain yang penting untuk kita meningkatkan working capital adalah cash conversion cycle.

Bagaimana working capital loan dapat mengembangkan perniagaan kita?

Working capital ialah oksigen yang diperlukan oleh perniagaan untuk terus bertahan dan maju. Mengurus pergerakan dan penggunaan modal adalah perkara yang sangat penting. Tetapi mempunyai akses kepada dana tambahan akan turut membantu meningkatkan perniagaan kita.

Working capital loan merupakan short term ataupun temporary solution yang digunakan untuk pelbagai sebab. Antaranya adalah:-

  1. Permintaan yang tinggi untuk produk dan kita tidak mempunyai sufficient working capital. Dengan adanya dana tambahan, kita dapat membeli bahan mentah untuk meningkatkan capacity perniagaan.
  2. Mengambil peluang kepada diskaun kepada pembelian yang besar dan membantu meningkatkan gross profit perniagaan kita.
  3. Kelewatan pembayaran dari pelanggan dan keperluan untuk membayar gaji pekerja dan supplier.

Working capital loan dapat optimise kan cash flow dan menaik kan keuntungan perniagaan jika kita bijak menggunakannya.

Sentiasa berbincang dengan Accountant anda mengenai keperluan dana tambahan ini ataupun boleh hubungi team kami untuk membantu anda. Lebih baik kita bertindak dengan pantas bila peluang datang dan bersedia untuk krisis.

Team FundDana